Media &
 Investor Alert
For media contact details and an archive of press release, speeches and regulator updates.
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Komited untuk Membanteras Kegiatan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan
Kenyataan Akhbar
Sebagai ahli beberapa badan-badan piawaian penetapan antarabangsa, khususnya Asia/Pacific Group on Money Laundering (APG) dan Financial Action Task Force (FATF), Labuan FSA komited untuk memerangi apa-apa aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).

Berhubung berita baru-baru ini yang melaporkan wang hasil kegiatan haram yang diperolehi melalui skim pelaburan palsu dan disimpan di Labuan IBFC untuk digunakan, antara lain, bagi menyokong dana politik untuk pihak-pihak tertentu di negara ini dan juga bagi disalurkan kepada aktiviti kumpulan militan, Labuan FSA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu atau entiti Labuan jika mereka melanggar undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pengubahan wang haram. Labuan FSA ingin menegaskan bahawa dengan rejim pengawalan dan penyeliaan yang ketat, termasuk larangan urus niaga secara tunai di Labuan IBFC; aplikasi Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram; dan peraturan anti pengubahan wang haram dan prosedur institusi kewangan di Labuan yang dilaksanakan, ianya telah memelihara integriti dan reputasi serta memastikan hanya aktiviti perniagaan tulen sahaja dijalankan di Labuan IBFC.

Sebagai sebahagian daripada AhliJawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan (NCC) untuk menangani pengubahan wang haram, Labuan FSA sentiasa bekerjasama dengan badan-badan pengawal selia yang lain melalui rangkaian pengawalseliaan, penguatkuasaan dan perkongsian maklumat dalam menyiasat sebarang aktiviti yang berkaitan dengan pengubahan wang haram di peringkat nasional dan di Labuan.
______________________________________________________

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA)
11 Jun 2017

UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI

Jabatan Hal Ehwal Korporat
Tel: 6087- 591200
Fax: 6087-428200
E-mail: communication@labuanfsa.gov.my

 
Friends of
Labuan IBFC
We would like to hear from you
Copyright © labuan ibfc
Ooops!
Generic Popup