Media &
 Investor Alert
For media contact details and an archive of press release, speeches and regulator updates.
Pubel Bedford Capital Limited (No Syarikat: LL07172) Disiasat Oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan
SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
PUBEL BEDFORD CAPITAL LIMITED (No Syarikat: LL07172) DISIASAT OLEH LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LABUAN
Jumaat, 3 Februari 2012 - Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) telah memulakan siasatan terhadap Pubel Bedford Capital Limited (Pubel) di bawah Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 (LFSAA) dan Akta Perkhidmatan Kewangan & Sekuriti Labuan 2010 (LFSSA). 

Walaupun Pubel adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990 bagi menjalankan aktiviti perdagangan dan bukan perdagangan, Labuan FSA mengesahkan bahawa syarikat tersebut tidak dilesenkan di bawah LFSSA dan oleh itu, tidak dibenarkan untuk memberi kemudahan kredit atau bantuan kewangan dengan apa-apa cara atau nama untuk mana-mana pihak. Oleh yang demikian, Pubel tidak dibenarkan untuk mengambil apa-apa deposit atau menerima apa-apa pembayaran bagi perkhidmatan yang berkaitan dengan pemberian kemudahan kredit atau bantuan kewangan daripada mana-mana pihak. 

Hanya bank-bank Labuan atau bank-bank Pelaburan Labuan yang dilesenkan di bawah LFSSA dibenarkan untuk menjalankan perniagaan perbankan atau perbankan pelaburan di mana ianya termasuk memberi kemudahan kredit di, dari atau melalui Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (LIBFC). Senarai penuh bank-bank Labuan dan bank-bank pelaburan Labuan boleh dirujuk di halaman sesawang Labuan FSA di www.labuanfsa.gov.my.


For further information, please contact:
Corporate Communication & Event Management Unit
Tel: +6 087- 591200
Fax : +6 087- 428200

Labuan Financial Services Authority
03 Februari 2012
Friends of
Labuan IBFC
We would like to hear from you
Copyright © labuan ibfc
Ooops!
Generic Popup