Media &
 Investor Alert
For media contact details and an archive of press release, speeches and regulator updates.
Pembatalan Lesen Syarikat Amanah EC Trust (Labuan) Bhd
PRESS STATEMENT
For immediate release
PEMBATALAN LESEN SYARIKAT AMANAH EC TRUST (LABUAN) BHD
Sila ambil maklum bahawa berkuatkuasa 11 Jun 2013, Labuan FSA telah membatalkan lesen syarikat amanah EC Trust (Labuan) Bhd menurut seksyen 167 Akta Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2010 (LFSSA).

Sehubungan itu, Labuan FSA telah melantik Encik Ooi Woon Chee daripada Tetuan KPMG Transaction & Restructuring Sdn. Bhd. (“Appointee”) sebagai seseorang bagi pihak Labuan FSA, untuk mengambil alih kawalan ke atas hal ehwal EC Trust (Labuan) Bhd. Perlantikan tersebut dibuat menurut seksyen 193(1)(C) LFSSA. Maklumat berkenaan “Appointee” tersebut adalah seperti berikut-

Encik Ooi Woon Chee

Tetuan KPMG Transaction & Restructuring Sdn. Bhd.
Tingkat 10, KPMG Tower
8 First Avenue, Bandar Utama
47800 Petaling Jaya
Malaysia

No. Tel: +603-7721 7150

Encik Peter Kent Searle telah hilang kelayakan sebagai Pengarah dan Pegawai Amanah EC Trust (Labuan) Bhd. Selain itu, kelulusan yang telah diberikan kepada Encik Peter Kent Searle sebagai Pegawai Amanah EC Trust (Labuan) Bhd telah dibatalkan berkuatkuasa pada 11 Jun 2013.

Labuan FSA dengan ini ingin menasihatkan semua syarikat-syarikat/entiti Labuan (atau benefisiarinya) di bawah pengurusan EC Trust (Labuan) Bhd supaya menghubungi “Appointee” berkenaan dengan kadar segera.

For further information, please contact:
Corporate Communication & Event Management Unit
Tel: +6 087- 591200
Fax : +6 087- 428200

Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan
11 Jun 2013
Friends of
Labuan IBFC
We would like to hear from you
Copyright © labuan ibfc
Ooops!
Generic Popup