Media &
 Investor Alert
For media contact details and an archive of press release, speeches and regulator updates.
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan Mengingatkan Orang Ramai Supaya Tidak Berurusan Dengan Entiti Yang Tidak Berlesen Apabila Memohon Pembiayaan Di Pusat Perniagaan Dan Kewangan Antarabangsa Labuan
SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LABUAN MENGINGATKAN ORANG RAMAI SUPAYA TIDAK BERURUSAN DENGAN ENTITI YANG TIDAK BERLESEN APABILA MEMOHON PEMBIAYAAN DI PUSAT PERNIAGAAN DAN KEWANGAN ANTARABANGSA LABUAN
W.P. Labuan, Rabu 24 Ogos 2011 - Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan individu dan entiti yang menawarkan pembiayaan kewangan “luar pesisir”, dan mengakui berdaftar dan beroperasi di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).

Labuan FSA telah menerima aduan dan pertanyaan daripada orang ramai berhubung aktiviti beberapa buah entiti yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990, kini mempromosikan perkhidmatan instrumen bank seperti surat kredit tersedia (SBLC) dan jaminan bank (BG) yang boleh disandarkan kepada pihak bank sebagai jaminan ke atas kemudahan kewangan di samping menawarkan perkhidmatan menguruskan dana dari luar negara untuk pelaburan di Malaysia, termasuk program pertukaran matawang (currency swap).

Untuk makluman orang ramai, entiti-entiti ini tidak pernah diberi kelulusan untuk mempromosi serta menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan mahupun menerima sebarang deposit daripada orang ramai di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010.

Orang ramai juga adalah diingatkan supaya berurusan terus dengan institusi perbankan Labuan yang dilesenkan oleh Labuan FSA apabila memohon sebarang pembiayaan di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC). Senarai institusi kewangan berlesen yang beroperasi di Labuan IBFC boleh didapati di laman sesawang Labuan FSA (http://www.labuanfsa.gov.my).


For further information, please contact:
Corporate Communication & Event Management Unit
Tel: +6 087- 591200
Fax : +6 087- 428200

Labuan Financial Services Authority
24 Ogos 2011
Friends of
Labuan IBFC
We would like to hear from you
Copyright © labuan ibfc
Ooops!
Generic Popup